Carta Aliran dari Lulus hingga Pandu...
 

 

 

1

PENDAFTARAN

 

Pendaftaran boleh dibuat di ibu pejabat PUSAT MEMANDU TTDI atau di mana-mana cawangan PUSAT MEMANDU TTDI yang berdekatan.

 

2

KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP)

 

* Tempoh: 5 jam
* Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang (termasuk waktu rehat)
* Syarat umur: 16 tahun ke atas
* Pakaian: Kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ. Tidak dibenarkan  memakai skirt paras lutut atau seluar pendek.

 

* Dokumen yang diperlukan :
1. Resit bayaran
2. Salinan kad pengenalan atau salinan pasport bagi calon bukan warga negara Malaysia.

 

3

TEMPAHAN UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER

 

* Tempahan boleh dibuat melalui ibu pejabat PUSAT MEMANDU TTDI atau mana-mana cawangan PUSAT MEMANDU TTDI.
 

* Dokumen yang diperlukan:
1. Sijil JPJL2A (dikeluarkan selepas tamat Kursus KPP)
2. Slip Ujian Buta Warna
3. Slip Buku KPP

 

4

UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER

 

* Ujian Teori Undang-Undang Berkomputer dijalankan di tempat yang berdekatan dengan pusat latihan dan ujian memandu

 

5

PRA-L (TEORI)

 

* Mengikuti Kursus Teori Pra-L selama 3 jam.
 

* Syarat umur:
1. Kelas D 17 tahun
2. Kelas B & B2 16 tahun
3. Kelas E 21 tahun

* Calon hendaklah memakai pakaian yang kemas dan sopan.

 

6

PRA-L (AMALI)

 

* Mengikuti Latihan Amali Pra-L selama 3 jam.
* Setelah tamat menjalani Latihan Amali Pra-L, Sijil JPJL2B akan dikeluarkan untuk urusan memproses Lesen Belajar Memandu (LBM).

 

7

MEMPROSES LESEN BELAJAR MEMANDU (LBM)

 

* PUSAT MEMANDU TTDI akan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk memproses Lesen Belajar Memandu (LBM) dan dihantar ke JPJ.
* Lesen Belajar Memandu (LBM) akan siap diproses di JPJ selepas 1 minggu

 

 

 

8

TEMPAHAN MASA UNTUK BELAJAR MEMANDU

 

 * Calon hanya boleh membuat tempahan masa belajar memandu selepas memperoleh Lesen Belajar Memandu (LBM).
* Sila rujuk ibu pejabat PUSAT MEMANDU TTDI atau cawangan PUSAT MEMANDU TTDI (tempat di mana calon mendaftarkan diri) untuk membuat tempahan.
* Tempoh maksimum Belajar Memandu bagi setiap calon dalam 1 hari adalah selama 2 jam.

 

9

BELAJAR MEMANDU

 

* Bukit / Cerun
* Parking
* Pusingan 3 Penjuru

* Jalanraya
 

Bagi motosikal pula:

 

* Titi

* Halangan

* Brek Kecemasan

* Pusingan 8

* Jalanraya (di dalam litar)


* Syarat yang perlu dipatuhi semasa Belajar Memandu:
1. Membawa Lesen Belajar Memandu (LBM).
2. Pakaian yang kemas dan sopan
3. Memakai kasut (tidak dibenarkan memakai selipar)

 

10

UJIAN PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST)

 

* Menjalani Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test) mengikut masa tempahan yang telah dibuat.
* Sekiranya calon gagal Ujian penilaian Pra-Ujian (Pre-Test), anda perlu mengulangi ujian tersebut.
* Prosedur untuk tempahan ulangan ujian adalah sama seperti di atas.
* Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal JPJ.

 

11

TEMPAHAN UJIAN PRAKTIKAL JPJ

 

 * Syarat: Lulus Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test)
 

* Dokumen yang diperlukan:
1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan Lesen Belajar Memandu (LBM) yang masih sah.
3. Lesen P atau CDL (jika ada).

 

12

UJIAN PRAKTIKAL JPJ

 

 * Melebihi 30 hari sesudah memperoleh Lesen L
* Calon mesti memakai pakaian yang kemas dan sopan yang diluluskan ulej JPJ
* Calon yang gagal Ujian Amali JPJ perlu membuat tempahan untuk ujian ulangan
* Calon yang lulus Ujian Amali JPJ boleh memproses lesen memandu.
 

 * Dokumen yang diperlukan:
1. Kad pengenalan
2. Lesen Belajar Memandu (LBM)
3. Lesen CDL (jika ada)
4. Kad rekod belajar

 

13

MEMPROSES LESEN MEMANDU

 

* Dokumen yang diperlukan:
1. Salinan kad pengenalan
2. Lesen Belajar Memandu (LBM)
3. Borang JPJL3 yang lengkap.
4. Borang JPJL1 yang lengkap.

* Sila rujuk ibu pejabat PUSAT MEMANDU TTDI atau cawangan di mana anda mendaftar untuk memproses lesen memandu.

* Pihak PUSAT MEMANDU TTDI akan menghantar dokumen untuk memproses lesen ke JPJ dan dijangka siap dalam masa 3 hingga 7 hari.

 

 

 

 


 

 

 

 



(c) Hak cipta 2009 oleh PUSAT MEMANDU TTDI (LulusdanPandu.com). Hak cipta Terpelihara