Hanya inilah sahaja yang perlu dilakukan
Langkah dipermudahkan untuk mendapat P dalam masa yang ditetapkan.
_
Yang paling utama sekali kami memahami. Menjadi komitmen kami agar anda memperoleh lesen P, dalam masa yang ditetapkan bermula dari pendaftaran.
Dibimbing dengan tepat dan dipermudahkan itulah antara komitmen kami.
Hanya langkah ini diperlukan dan kami bersama anda sepanjang langkah:
Syarat
Sebelum memulakan langkah untuk mendapatkan L mdan kemudian P, patuhi terlebih dahulu syarat Kerajaan Malaysia ini:
- Berumur 16 tahun dan ke atas – Lesen memandu (motosikal) kelas A, B2, B penuh atau C;
- Berumur 17 tahun dan ke atas – Lesen memandu (kereta) kelas D atau DA;
- Berumur 21 tahun dan ke atas – Lesen memandu kelas E hingga kelas I (memiliki lesen CDL yang sah).
Mendaftar
Khidmat pendaftaran disedikan di sini. Daftar mudah secara online, kemudian pihak kami akan menghubungi anda, untuk memulakan dan meneruskan proses mendapatkan L dan kemudian P.
KPP 01 (Kursus Penilaian Pemandu)
- Kursus KPP 01 akan diadakan selama 6 jam dan biasanya dilakukan pada hujung minggu. Calon disarankan untuk berpakaian kemas dan sopan semasa mengikuti kursus ini.
- Lelaki harus memakai T-shirt berkolar, berseluar panjang dan kasut bertutup. Anda dilarang memakai topi dan pakaian tanpa lengan.
- Bagi wanita pula, anda dikehendaki memakai T-shirt berkolar dan kasut bertutup, manakala orang yang tidak bertudung dikehendaki memakai pakaian kemas. Dilarang memakai baju tanpa lengan dan skirt pendek.
Ujian Berkomputer
- Setelah menghadiri kursus KPP 01, calon perlu menduduki ujian Teori Undang-Undang Komputer selama 45 minit.
- Markah lulus minimum untuk ujian ini ialah sebanyak 42/50. Bagi calon yang mengambil lesen D dan B2 sekali gus, markah lulus minimum adalah 59/70.
- Jika gagal, calon perlu menduduki ujian ulangan dan wang tambahan perlu disediakan.
- Sekiranya lulus, anda dikehendaki membawa slip ujian komputer ke Institut Memandu bagi pengurusan perolehan lesen L.
Peroleh Lesen LDL (Lesen L)
- Anda akan memperoleh lesen LDL, juga dikenali sebagai lesen L, dalam tempoh satu hingga dua minggu.
- Lesen L mempunyai sah laku selama dua tahun dan mesti diperbaharui setiap tiga bulan.
KPP 02 ( Amali Di Litar)
- Kursus ini merujuk kepada latihan praktikal di dalam litar selama lapan jam.
- Bagi mendapatkan lesen motosikal, calon akan menjalani latihan praktikal seperti membuat pusingan 8, laluan titi, halangan kon, dan brek kecemasan.
- Bagi lesen kereta pula, calon perlu menjalani latihan praktikal seperti menaiki bukit, side parking dan ujian tiga penjuru.
KPP 03 ( Belajar Memandu)
- Sesudah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 iaitu latihan di jalanraya.
- Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02.
Ujian Penilaian (QTI)
- Calon perlu menduduki pra-ujian sebelum menjalani Ujian Praktikal JPJ.
- Ujian ini akan dikendalikan oleh jurulatih bertauliah di Institut Memandu.
- Jika lulus, calon akan dibenarkan untuk menduduki Ujian Praktikal JPJ.
Ujian Praktikal JPJ
- Calon yang lulus Ujian QTI akan menduduki Ujian Praktikal JPJ pada hari yang ditetapkan mengikut kekosongan Sekolah Memandu.
- Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ atau Ujian Memandu JPJ akan layak mendapat lesen memandu P.
- Manakala, calon yang gagal perlu menduduki semula ujian ulangan.
Peroleh Lesen PDL (Lesen P)
- Lesen P ini memerlukan 1 hingga 7 hari bekerja untuk disiapkan.
- Anda hanya boleh memandu di jalan raya selepas mendapatkan lesen ini.